Bagaimana Mangsa Kemalangan Berperanan?
Satu sistem berjaya atau dapat beroperasi di tengah-tengah masyarakat sekiranya masyarakat itu menerima, menyokong dan mengamalkan sistem itu. Sehebat dan sekukuh mana pun pengaruh sistem itu, jika ia dipaksikan oleh sifat-sifat yang negatif seperti penipuan, manipulasi, menolong orang yang zalim, menzalimi orang yang lemah, pasti suatu hari nanti sistem itu berkubur dan akan digantikan dengan satu sistem baru yang lebih adil, budiman dan ehsan asalkan sahaja masyarakat di sekelilingnya inginkan perubahan dan perubahan itu disokong dengan jitu dan tanpa jemu oleh masyarakat itu. Sebenarnya masalah ulat, broker dan agen yang berleluasa pada masa kini yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan bukan sahaja terhadap mangsa kemalangan tetapi juga terhadap pengamal undang-undang masih boleh diatasi sekiranya individu dan masyarakat sendiri dapat menjalankan peranan mereka dengan betul tanpa putus asa. Suatu sistem tidak akan aktif dan berperanan jika masyarakat tidak menerima dan menj...