Posts

PENIPUAN DAN SALAH LAKU DALAM PROSES SETTLEMENT OF ACTION (PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH

Secara jujurnya saya selalu keliru apabila menerima pertanyaan dari pelanggan kami yang meminta kami menguruskan bayaran pampasan serta merta sejurus selepas suatu kes itu berjaya diselesaikan sama ada melalui mahkamah ataupun di luar mahkamah.   Saya merasa gusar kerana kami ini bukanlah institusi kewangan atau syarikat insuran yang mempunyai kapital kewangan yang tinggi dan mempunyai poket ajaib seperti Doreamon. Kami terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum cek pampasan itu diterima. Sebaliknya kami cuma sebuah firma guaman yang berskala sederhana, komited dan ikhlas dalam menjalankan amanah tugasan kami.   Akhirnya saya menjalankan siasatan sendiri dan menjumpai beberapa kes yang langsung tidak pernah terfikir boleh berlaku dalam kehidupan masyarakat kita yang masih lagi mengekalkan tahap kejujuran dan empati yang tinggi.   Semasa saya menjalankan tugas dan berjumpa ramai orang, melalui pendedahan mereka saya dapati ada kes terpencil yang meng...

URUSNIAGA KENDERAAN SAMBUNG BAYAR

Mutakhir ini urusniaga jual beli kenderaan bermotor secara sambung bayar menjadi satu trend yang popular, menarik, mudah dan ringkas. Mungkin ini didorong oleh keinginan materialistik, sikap bermegah dan ingin sanjungan tanpa mengambil kira kedudukan dan realiti kekuatan kewangan diri masing-masing.   Walaupun popular, ringkas, mudah dan menarik tetapi ramai orang yang terjebak dalam urusniaga ini akhirnya sedar dan insaf bahawa tiada jalan mudah, ringkas dan pantas untuk memiliki harta tanpa perlu mematuhi undang-undang.   Setiap hari ada saja orang baru yang menjadi mangsa penipuan sama ada mereka disaman oleh agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ, atau dikena tindakan perundangan oleh pihak bank dan agensi kewangan dan/atau disaman oleh mana-mana individu yang mengalami apa jua kerugian dan kecederaan akibat daripada penggunaan, pengawalan dan pemanduan kenderaan tersebut. Semua ini berlaku apabila kita segelintir raky...

TUNTUTAN PERKESO (SOSCO)

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca atau peminat blog ini. Semasa mewujudkan blog ini saya sama sekali tidak pernah terfikir blog ini akan mendapatkan tempat di kalangan pembaca kerana saya menyedari penulisan ini adalah satu penulisan teknikal yang berat.   Bagaimanapun setiap tahun blog ini semakin diterima dan dijadikan rujukan banyak pihak. Melalui blog ini saya dapat mengenali dan membantu banyak pihak. Kadangkala ada juga pelanggan saya yang saya kenali dan capai bukan melalui medium media sosial ini, tetapi tetap memanggil saya dengan nama pena saya karlz kampau. Ini satu pengiktirafan kerana mereka menerima dan membaca penulisan-penulisan saya.   Kebelakangan ini saya banyak menerima panggilan telefon atau chat melalui applikasi whatapps bertanya isu dan masalah pampasan PERKESO.  Saya juga tertanya kenapa ramai orang berhubung dengan saya berkenaan tuntutan PERKESO ini.   Saya membuat semakan dan carian, rupa-rupanya apabila cari...

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.

Image
1. Saya kerap dihubungi pengunjung blog ini secara berulang kali, permasalahan popular yang diutarakan oleh mereka kepada saya pula hanya berkisar kepada perincian mengenai fee guaman dan kos tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Mereka sangat bimbang kalau-kalau mereka ditipu oleh peguamcara yang mengendalikan kes mereka. Ini kerana sebahagian besar dari mereka langsung tidak tahu dan faham sepenuhnya apa itu fee guaman dan apa itu kos tindakan?.   2. Selain itu, mereka juga tidak faham apa itu perjanjian lisan dan apa itu kos tindakan?. Di sini saya akan huraikan secara ringkas maksud kedua-duanya sekali. Fee guaman adalah yuran guaman yang perlu dibayar oleh pelanggan disebabkan mereka telah menerima perkhidmatan profesional daripada pengamal undang-undang. Fee ini adalah meliputi untuk bayaran kerja konsultansi, berjumpa dan mengambil arahan pelanggan, memberi nasihat, melaksana arahan, membina, membangun, melindungi, menyusuli dan mempertim...

LAPORAN PERUBATAN PAKAR (SPECIALIST REPORT)

 1. Orang kita memang diakui gemar kepada perkara yang pantas, laju dan ekspres. Orang kita sangat alah kepada masa, dalam serba serbi mereka ingin cepat dan pantas. Umpamanya makan cepat, solat cepat, belajar cepat, pokoknya dalam semua urusan dan perkara masa dan kecepatan adalah perkara utama yang diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Tetapi mereka terlupa kepada persoalan kualiti.   2. Justeru itu, oleh kerana kita begitu obses kepada semua perkara dan hal yang cepat dan ekspres, jadi tidak hairanlah sekiranya ramai orang kita juga jadi mangsa penipuan dengan cepat dan ekspres, sebagaimana kita suka kepada hal dan perkara ekspres, begitulah natijah akhir yang kita terima iaitu kena tipu juga dalam keadaan secara cepat dan ekspres.   3. Masyarakat kita menolak untuk memberi sedikit masa dan ruang bagi meneliti, menyemak dan menimbangkan sesuatu perkara itu secara rasional, asalkan apa yang mereka dengar atau pun lihat itu sesuatu yang untung dan cep...

APA ITU LITIGASI FRAUD?

1. Mutakhir ini tuntutan palsu atau litigasi fraud berkaitan kes kemalangan jalanraya sudah kerap dikesan sama ada oleh pihak syarikat insuran, mahkamah, pegawai penyiasat dan  peguamcara sendiri. Kenapa ianya menjadi trendy? kerana ianya satu jalan mudah untuk mendapatkan wang pampasan yang banyak.   2. Definasi fraud merujuk kepada Kamus Undang-undang adalah nyataan palsu tentang sesuatu penyataan atau perlakuan yang dibuat dengan tujuan memperolehi kelebihan material. Justeru situ ecara mudah dan ringkasnya kes fraud ini  boleh dikatakan adalah satu tuntutan atau litigasi palsu atau bercanggah dengan undang-undang yang dibawa oleh litigan dengan tujuan untuk menipu pihak insuran bagi mendapat faedah material.   3. Objektif litigasi fraud dalam kes sivil accident adalah untuk mendapatkan pampasan gantirugi yang sebenarnya tidak sah dari segi undang-undang, tidak suci dari segi agama dan moral walaupun dib...

PEGUAM TIDAK KALAH DARI SEGI PROFESIONALISMENYA TETAPI TEWAS DARI SEGI KETELUSAN

Kenapa tajuk di atas menarik perhatian saya? dari sisi pandangan saya ramai orang keliru dan berprejudis kepada tugasan dan profesionalisme seorang peguam semasa mereka beramal dan menjalankan tugasnya sebagai pengamal undang-undang. Saya percaya 100% tanpa sedikit ragu dan menegaskan bahawa peguam di negara ini sangat profesional semasa mereka menjalankan tugas mereka.  Hari ini saya mendapati ramai orang menghubungi saya semata-mata untuk mendapatkan pandangan mengenai jumlah kuantum pampasan, seolah-olah mereka tidak percaya atau setidak-tidaknya berasa ragu dan prejudis kepada kemampuan dan profesionalisme peguam yang mereka lantik sendiri untuk menangani kes mereka di mahkamah.  Saya tidak mengalakkan sikap ini kerana kebimbangan ini tidak tepat dan tidak bertempat. Perlu anda memahami dan percaya bahawa peguam anda mempunyai segala kelebihan dan akses penuh kepada maklumat, dokumen dan bukti dalam kes anda, justeru itu anda sebenarnya tidak memerlukan lagi satu ...