Posts

Showing posts from 2009

Apakah Perbezaan Antara Tuntutan Insuran dan Tindakan Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya

Saya seringkali diajukan soalan lazim setiap kali berurusan dengan mangsa-mangsa kemalangan jalanraya "saya tidak ada polisi insuran hayat, apakah saya layak untuk mendapat pampasan gantirugi akibat kemalangan ini" dan "kenderaan saya hanya ada insuran pihak ketiga, adakah saya boleh membuat tuntutan ini?". Kesimpulan daripada kedua-dua soalan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa pengetahuan orang ramai di Malaysia mengenai insuran dan undang-undang adalah kurang dan lemah. Mereka masih tidak dapat memahami apakah itu polisi insuran?apakah itu insuran hayat?apakah itu insuran kenderaan motor? Apakah rangkuman perlindungan yang dikuatkuasa oleh polisi insuran tersebut?dan apakah sekatan dan halangan yang diwujudkan oleh polisi insuran itu?. Kemungkinan keadaan ini berlaku disebabkan orang ramai tidak gemar membaca atau mendalami bahan-bahan ilmiah seperti material perundangan ataupun material mengenai insuran. Tetapi adalah lebih malang, jikalau mereka langsung tida

Bagaimana Prosedur Tuntunan Anda Dijalankan

Setiap kali bertemu orang awam atau lebih tepat lagi mangsa kemalangan jalanraya, soalan yang lazim yang kerap dikemukakan kepada saya ialah berapa lama kes ini akan berjalan?mengapa kes kemalangan selalunya memakan masa yang lama untuk diselesaikan?. Saya berfikir sebentar dan cuba menganalisa soalan-soalan tersebut. Dari pemerhatian saya, orang ramai pada masa kini sentiasa disogok dengan informasi-informasi yang berbentuk spekulasi atau maklumat yang tidak berfakta. Disebabkan mereka selalu dibekalkan dengan maklumat yang sebegitu akhirnya sikap, fikiran dan tindakan mereka lebih kepada sikap yang negatif dan prejudis. Oleh itu, bagi membetulkan tanggapan yang kurang tepat tersebut, di sini saya menjelaskan kebiasaannya bagi kes-kes penyelesian terus ianya cuma memakan masa kurang dari 1 tahun dan kes yang dibicarakan di Mahkamah selalunya melebihi 1 tahun kerana banyak prosedur dan peringkat yang perlu dilalui secara tertib, teratur dan tersusun sebelum suatu itu dapat diputuskan d

Karlz Memohon Maaf Lama Tidak Menghantar Posting

Saya memohon maaf kerana sudah agak lama tidak update dan menghantar posting ke sini, tapi ini bukan bermakna saya tidak berminat lagi untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan anda semua. Keadaan ini disebabkan saya terlalu sibuk mengendalikan kes-kes clients, seperti moto kerajaan saya juga perlu laksana pelanggan didahulukan, pencapaian diutamakan, insyallah, jika kelapangan saya akan menghantar posting baru, maklumlah untuk menulis artikel perlu pemikiran, penilaian dan semakan terhadap bahan-bahan artikel dan ini memerlukan masa...hehe

Mengapa Kenderaan Anda Perlu Dilindungi Insuran?

Bayangkan pada suatu hari anda terlibat dalam satu nahas jalanraya yang dahsyat dan ngeri, serpihan kaca dan komponen kenderaan bertaburan di atas jalan, manakala tumpahan darah merah membasahi jalan tersebut. Dalam kemalangan ini, anda didapati mengalami kecederaan patah tulang femur dan patah tulang radius and ulna , manakala kenderaan anda pula remuk dan mengalami kerosakan teruk, berkemungkinan boleh ditaksirkan sebagai total loss . Siasatan pegawai penyiasat trafik pula mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pihak ketiga. Secara ringkasnya akibat tragedi ini anda telah menjadi orang kurang upaya sementara, penganggur terhormat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan anda seperti biasa akibat masalah kesihatan yang anda dialami selepas kemalangan tersebut. Manakala itu, kenderaan anda terbiar sepi dan tersadai di luar premis membaiki kenderaan tanpa apa-apa tindakan untuk melindungi kepentingan dan kerugian anda dalam kemalangan ini kerana sebenarnya

Bagaimana Pampasan Anda Ditaksirkan

Image
Setiap kali berjumpa dengan orang ramai ketika menjalankan seisi rundingcara berkaitan kes kemalangan jalanraya. Perkara yang akan disentuh dan menjadi fokus utama adalah jumlah pampasan yang bakal diterima oleh mereka?apakah jumlah itu sama dengan nilai yang telah diterima oleh rakan, jiran ataupun ahli keluarga mereka. Perbandingan yang selalu menjadi kayu ukur adalah maklumat kecederaan atau kematian secara spekulasi tanpa merujuk kepada laporan perubatan atau laporan bedah siasat, umpamanya jika prospek tersebut mengalami kecederaan patah tangan, beliau berpendapat jumlah pampasan yang patut diterima oleh beliau adalah sama dengan nilai telah diterima oleh jiran mereka yang juga patah tangan, sedangkan tahap kecederaan dan sumbangan kecuaian tidak pula diambil kira. Sebenarnya sikap dan pemikiran sebegini adalah salah dan songsang kerana membiarkan diri sendiri membuat satu kesimpulan dan perbandingan hanya melalui maklumat spekulasi semata-mata tanpa pengetahuan undang-undang sec

Kemalangan Jalanraya di Malaysia

Statistik kemalangan jalanraya makin meningkat saban hari, makin banyak lebuhraya dan jalanraya dibina, makin hebat dan canggih pembinaannya, makin kerap kemalangan berlaku. Begitu banyak korban nyawa, kepayahan, kesusahan, keperitan, kerosakan harta benda yang diakibatkan oleh kejadian malang tersebut. Makin banyak kemalangan berlaku, makin banyak korban nyawa, kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda serta kerugian wang ringgit terjadi. Semua ini berpunca dari sikap manusia itu sendiri iaitu pemandu yang cuai, lalai, mementingkan diri sendiri, tidak cekap, tidak mahir, gopoh ketika memandu, tidak mempunyai lesen memandu, membawa muatan berlebihan dan membawa muatan tersebut secara tidak selamat. Bayangkan betapa banyak kerugian nyawa, harta benda dan wang ringgit dialami oleh mangsa dan bukan sedikit kesukaran dan kepayahan dialami oleh mangsa tersebut. Oleh itu di bawah undang-undang negara ini, mangsa kes kemalangan boleh memperoleh kedua-dua remedi sivil dan jenayah dan bu

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Secara lazimnya, seorang individu itu akan merasa panik, terkejut dan menggelabah sejurus selepas terlibat dalam kemalangan. Sebahagiannya pula jadi kebingungan, ini adalah kesan psikologi akibat perasaan terkejut selepas terbabit dalam kemalangan. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua agar anda lebih relaks dan bersedia sekiranya anda tidak bernasib baik dan menjadi mangsa kemalangan jalanraya. Anda tidak perlu panik, tidak perlu bingung dan tidak perlu menggelabah, sebaliknya terimalah kejadian malang tersebut dengan redha dan qana'ah. Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan sejurus selepas terlibat dalam kemalangan:- 1. Bertenang dan cuba kuasai diri dengan sikap sabar, elakkan sikap marah dan tindakan melulu; 2. Alihkan kenderaan atau mangsa ke tempat selamat supaya tidak menghalang aliran trafik; 3. Catat nombor pendaftaran kenderaan terlibat dan lokasi tempat kejadian; 4. Jika melibatkan kecederaan dapatkan bantuan kecemasan dan perubatan dengan segera; 5.

Jenis Tuntutan Kes Kemalangan Jalanraya

Terdapat 3 jenis tuntutan boleh dibuat atau dibawa di dalam suatu kemalangan. Jenis tuntutan itu bergantung sama ada ianya adalah kemalangan maut, kecederaan tubuh badan dan kerosakan kenderaan:- 1. Kemalangan Maut Tuntutan ini diambil atau dibawa oleh waris simati seperti isteri, ayah, ibu dan anak-anak yang mengalami kehilangan sumbangan (tanggungan) simati akibat kematian simati dan tindakan ini dibawa berdasarkan kepada Akta Undang-Undang Sivil 1956 (pindaan 1987). Tuntutan ini adalah untuk:- a. gantirugi kedukacitaan (jika berusia 18 tahun dan masih belum berkahwin, dikecualikan); b. gantirugi khas; c. gantirugi am; d. faedah dan kos; e. lain-lain remedi yang difikirkan wajar oleh mahkamah. 2. Kecederaan Diri Tuntutan ini boleh dibawa oleh individu ataupun wakil harta pusaka simati (jika simati tidak meninggal dunia sejurus kemalangan, mengalami penderitaan dan kesakitan dalam suatu jangka waktu) yang mengalami kecederaan tubuh badan, kerugian dan perbelanjaan akibat suatu kemal

Apakah Dokumen Diperlukan?

Apabila anda ingin memulakan tuntutan sivil akibat kemalangan jalanraya, anda perlu mendapatkan dokumen-dokumen berikut mengikut prosedur yang tertib:- 1. salinan kad pengenalan/lesen memandu/sijil lahir (jika bawah umur). 2. dokumen polis seperti laporan polis berkaitan, rajah kasar dan kunci, gambar dan keputusan penyiasatan polis berkenaan kes tersebut. 3. laporan perubatan termasuk laporan pakar. 4. laporan bedah siasat (jika mati). 5. bil-bil berkaitan seperti bil hospital, belian makanan berkhasiat, membaiki kenderaan dan lain-lain lagi. 6. surat pengesahan majikan, slip gaji dan penyata KWSP (jika ingin tuntut kehilangan pendapatan/kes mati untuk kehilangan sumbangan). Tetapi dengan melantik perunding tuntutan adalah tidak perlu menguruskan semua ini, tidak perlu berurusan dengan pihak berkaitan kerana semua keperluan anda ini akan diuruskan dan dikendalikan oleh perunding tuntutan anda. Anda mempunyai akses untuk menghubungi saya seperti berikut:- 1. email: karlz_kampau75@yahoo

Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?

Jika anda berhasrat atau ingin memulakan tuntutan sivil akibat kemalangan jalanraya, tindakan pertama dan utama yang perlu dibuat sebelum memulakan suatu tindakan adalah melantik perundingcara tuntutan kerana beliau berfungsi dan bertugas seperti berikut:- 1. penghubung atau jambatan yang membina hubungan anda dengan peguamcara yang bakal dilantik mengendalikan kes anda di mahkamah. Kesilapan melantik peguamcara yang tiada pengalaman akan menyebabkan kes anda bukan sahaja dikendalikan dengan tidak efisien, tetapi melalui prosedur yang salah dan tidak teratur, lebih buruk lagi kepentingan diri tidak terjaga dan terbela dengan sewajarnya dan tiada pertahanan dari ditembusi oleh pihak lawan. 2. pengurus dan penasihat yang menjaga semua kepentingan diri anda sebagai penuntut termasuk memandu anda untuk mencapai suatu jumlah tuntutan yang munasabah berdasarkan award-award terkini yang diputuskan di mahkamah mengikut trend semasa. 3. menguruskan, menjaga dan memajukan semua keperluan

Siapakah Yang Layak Membawa Tindakan ini?

Individu @ syarikat yang mengalami kemudaratan, kehilangan, kerugian, kecederaan dan kehilangan yang diakibatkan oleh kecuaian pihak ketiga dalam perlakuan dan tindakan memandu kenderaan bermotor sehingga menyebabkan suatu kemalangan berlaku adalah layak membawa tindakan sivil ini terhadap pihak ketiga tersebut. Anda mempunyai akses untuk menghubungi saya seperti berikut:- 1. email: karlz_kampau75@yahoo.com . 2. mobile phone: 017-2803908

Apakah Tuntutan Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya?

Tuntutan sivil akibat kemalangan jalanraya membawa maksud suatu kausa tindakan perundangan yang dibawa oleh individu @ sekumpulan individu @ syarikat @ firma yang timbul akibat perlakuan, tindakan dan kecuaian individu sama ada atas kepentingan dirinya sendiri ataupun bertindak untuk kepentingan pihak ketiga semasa memandu, mengawal dan mengendalikan kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, motorsikal dan lain-lain sehingga mengakibatkan berlaku suatu kemalangan yang mendatangkan kemudaratan, kecederaan, kehilangan, kematian dan kecederaan tubuh badan kepada suatu pihak. Anda mempunyai akses untuk menghubungi saya seperti berikut:- 1. email: karlz_kampau75@yahoo.com . 2. mobile phone: 017-2803908

Apakah Objektif Perkhidmatan Karlz_Kampau

Objektif ini lahir daripada keperluan masa lampau saya, suatu ketika dahulu, sekitar Oktober 1995, saya pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Pada masa itu saya tiada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran perundangan, ini menyebabkan saya dalam keadaan keliru, bercelaru dan tertekan. Pelbagai informasi, cadangan dan pandangan diberikan oleh pelbagai individu sama ada ketika mula-mula mendapat rawatan di hospital, ketika membuat laporan polis atau ketika berehat di rumah semasa cuti sakit. Namun semua ini adalah informasi dan cadangan yang agak baik, tetapi tidak praktikal kerana informasi, cadangan dan pandangan tersebut hanya satu pandangan yang tidak berpaksi kepada fakta melainkan hanya sangkaan dan kesimpulan sempit pihak berkaitan. Akhirnya, saya menerima cadangan abang ipar saya, Mohd Zaini Hj Hamzah untuk melantik peguam Kunasekaran sebagai peguamcara saya dalam kes tersebut. Oleh kerana saya tiada perunding perkhidmatan guaman, saya tidak ada akses yang mencukupi tentan

Semua Berkenaan Khidmat Guaman

Karlz_Kampau Services lahir daripada idea dan keinginan untuk berdikari dan berkongsi segala pengalaman, pengetahuan, kemahiran yang saya perolehi selama berkhidmat dan berkecimpung dalam perkhidmatan guaman bermula sebagai budak penghantar, junior clerk, senior clerk dan akhirnya sebagai paralegal dan juga perunding khidmat guaman. Saya bersedia memberi perkhidmatan terbaik, berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya agar anda semua mendapat kepuasan, keselesaan dan pengetahuan tentang keperluan, jangkaan, bantuan dan hak anda sebagai pelanggan kepada firma guaman terutamanya melibatkan kes guaman melibatkan tuntutan akibat kemalangan. Sekiranya anda seorang daripada mangsa kemalangan jalanraya dan merasakan anda berhak mendapatkan pembelaan sewajarnya, apa yang patut anda lakukan adalah menghubungi dan menetapkan temujanji bersama saya dengan segera supaya hak anda diperjuangkan. Anda mempunyai akses untuk menghubungi saya melalui:- 1. alamat email:- karlz_kampau75@yahoo.com . 2