Penting dan Untungnya Sikap Berlapang Dada
Suatu hari dalam minggu yang lepas, saya mendapat maklumat mengenai satu kejadian kemalangan melibatkan m/sikal dan m/kar di pekan Sungkai, dimana penunggang m/sikal mengalami cedera patah kaki kanannya. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengesan mangsa sama ada merujuk kepada pihak polis mahupun pihak hospital. Akhirnya saya berjaya mengesan mangsa dan menghubungi keluarga terdekat beliau untuk memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini bagi menjamin kepentingan mangsa sama ada untuk tindakan sivil mahupun tindakan trafik tidak tergugat. Lazimnya apabila berlakunya suatu kemalangan, jika pihak polis ada dihubungi ataupun ada laporan polis dibuat berkaitan kemalangan sama ada laporan oleh pemandu yang terlibat ataupun laporan maklumat pertama oleh keluarga mangsa yang terlibat, pihak polis akan secepat mungkin pergi ke lokasi kejadian untuk mengumpul bukti, mengambil data-data dan fakta yang relevan yang wujud di tempat kejadian, mengambil gambar tempat kejadia...