Posts

Showing posts from July, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Ketika ini saya sama seperti anda pembaca budiman, begitu sibuk menyiapkan sentuhan dan persiapan terakhir sebelum balik beraya di kampung saya di Tanjung Malim, Perak. Anak isteri kelihatan begitu teruja dan tidak sabar hendak balik. Saya fikir perasaan ini juga dikongsi oleh kebanyakkan orang termasuk pembaca sekalian. Saya berharap dalam ketidaksabaran dan keterujaan kita untuk berhari raya, pembaca dapat mengawal diri, bersabar dan memandu dengan cara yang berhemah.  Di musim perayaan ini, lebuh raya dan jalan raya akan dilimpahi oleh kenderaan-kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing, sama ada utara, selatan, timur dan barat semuanya padat dengan kenderaaan. Dalam keterujaan dan perasaan gembira ini, saya berharap pengguna-pengguna jalanraya dapat memandu kenderaan dengan berhati-hati, sabar dan bertimbang rasa, patuhi peraturan jalan raya. Paling penting dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.  Kepenatan, mengantuk dan tidak fokus kepada pemanduan adalah punca u

Prosiding Terhadap Pemilik dan Pengguna Kenderaan Yang Tidak Memiliki Perlindungan Insuran

Dalam sepuluh kes kemalangan, selalu tiga daripadanya melibatkan kenderaan motor yang tidak ada perlindungan insuran. Malangnya mangsa yang cedera dalam kejadian itu tidak diminati, didekati dan dibantu oleh agen, runner   dan broker firma guaman. Mereka dibiarkan tanpa maklumat dan pendedahan apatah lagi bantuan perundangan yang amat diperlukan.  Situasi biasa di wad kecemasan dan wad orthopedik mana-mana hospital kerajaan, bila ada mangsa baru dimasukkan, tiba-tiba anda akan dirapati dan dihampiri oleh agen, runner dan broker yang sememangnya ada di sana. Anda akan dituba, dilobi dan dijanjikan bermacam-macam yang janji manis dan indah. Tujuannya cuma satu iaitu untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan anda pada borang perlantikan peguam.  Tiba-tiba anda merasa keseorangan dan tidak lagi diminati seperti semalam dan kelmarin. Anda tertanya-tanya kenapa semua ini terjadi dengan pantas?, sedangkan semalam dan kelmarin ada dilayan amat mesra, dengan kata-kata yang manis.

Kenderaan Tidak Dilindungi Insuran, Apakah Penyelesaianya

Saban tahun statistik menunjukkan peningkatan ketara bagi kenderaan yang tidak ada perlindungan insuran. Dalam sebulan saya menemui sekurang-kurangnya tiga kes melibatkan kenderaan yang tidak ada perlindungan insuran. Gejala dan masalah ini lebih serius dan ketara di kawasan luar bandar seperti perkampungan dan tanah rancangan felda.  Kenapa gejala ini berlaku lebih kerap di luar bandar?saya berpendapat kemungkinan penguatkuasaan yang tidak mencukupi dan juga kesedaran penduduk mengenai kepentingan memiliki perlindungan insuran ditahap yang lemah atau sengaja diremehkan kerana merasa tiada keperluan yang mustahak untuk membeli perlindungan insuran terutamanya kepada penggunaan motorsikal.  Biasanya sebuah keluarga di kampung atau felda memiliki beberapa buah motorsikal, tetapi hanya sebuah daripadanya ada perlindungan insuran. Motorsikal yang ada insuran itu biasa digunakan secara utama untuk keperluan pengangkutan harian, sedangkan yang lain terhad kepada keperluan di kebun d

Pampasan Untuk Kecederaan Kepala

Image
Kecederaan kepala terutamanya yang melibatkan bahagian otak dan tengkorak adalah kecederaan yang popular terjadi selepas kecederaan kaki dan tangan. Justeru itu saya merasa ada keperluan untuk berkongsi ilmu pengetahuan berhubung pampasan bagi kecederaan tersebut. Objektif penulisan ini adalah sebagai panduan mudah kepada anda supaya sekurang-kurangnya anda ada panduan dan arah dalam pengiraan dan penentuan pampasan bagi kecederaan di kepala.  Penganugerahan pampasan ini berkait rapat atau amat bergantung kepada pelbagai faktor yang tidak terhad seperti berikut:- Umur Plaintif  sama ada bayi, kanak-kanak, umur pertengahan dan warga emas;  Jantina Plaintif sama ada lelaki ataupun perempuan; Perkahwinan sama ada telah berkahwin atau belum dan adakah kecederaan tersebut memberi kesan kepada kehilangan prospek perkahwinan. Sama ada kecederaan itu memberi kesan menyeluruh kepada daya interlektual dan mental; Sama ada kecederaan memberi kesan semulajadi kepada pekerjaan atau

PROSIDING PIHAK KETIGA DALAM KES TUNTUTAN SIVIL KEMALANGAN JALANRAYA

Mungkin sesetengah orang pernah menerima atau diserahkan dengan Notis Pihak Ketiga dalam suatu prosiding saman. Sesetengahnya mungkin merasa binggung atau keliru apabila menerima notis mahkamah tersebut. Dalam artikel ini saya ingin berkongsi dengan secara ringkas apakah itu "Prosiding Pihak Ketiga" dalam suatu saman supaya anda dapat lebih memahami dan mengetahuinya.  1. DEFINASI PROSIDING PIHAK KETIGA Menurut Kamus Undang-undang Oxford prosiding pihak ketiga adalah satu prosiding yang dikemukakan oleh seorang Defendan untuk tindakan sivil terhadap seseorang yang bukan pihak terbabit. Tuntutan yang paling biasa yang dikemukakan dalam prosiding ini adalah tuntutan caruman atau tanggung rugi. Secara mudahnya prosiding ini dikemukakan atau dipohon oleh pihak Defendan dalam suatu saman terhadap pihak ketiga yang tidak terbabit dalam suatu pertikaian saman di antara Plaintif dan Defendan. Tujuan prosiding adalah untuk memohon ataupun mendapatkan caruman atau tanggung