PROSIDING PIHAK KETIGA DALAM KES TUNTUTAN SIVIL KEMALANGAN JALANRAYA

Mungkin sesetengah orang pernah menerima atau diserahkan dengan Notis Pihak Ketiga dalam suatu prosiding saman. Sesetengahnya mungkin merasa binggung atau keliru apabila menerima notis mahkamah tersebut. Dalam artikel ini saya ingin berkongsi dengan secara ringkas apakah itu "Prosiding Pihak Ketiga" dalam suatu saman supaya anda dapat lebih memahami dan mengetahuinya. 

1. DEFINASI PROSIDING PIHAK KETIGA

Menurut Kamus Undang-undang Oxford prosiding pihak ketiga adalah satu prosiding yang dikemukakan oleh seorang Defendan untuk tindakan sivil terhadap seseorang yang bukan pihak terbabit. Tuntutan yang paling biasa yang dikemukakan dalam prosiding ini adalah tuntutan caruman atau tanggung rugi.

Secara mudahnya prosiding ini dikemukakan atau dipohon oleh pihak Defendan dalam suatu saman terhadap pihak ketiga yang tidak terbabit dalam suatu pertikaian saman di antara Plaintif dan Defendan. Tujuan prosiding adalah untuk memohon ataupun mendapatkan caruman atau tanggung rugi daripada pihak ketiga tersebut. 

2. SIAPAKAH PIHAK KETIGA DAN APAKAH TUJUAN PROSIDING ITU DIBAWA

Pihak Ketiga itu adalah pihak yang tidak terbabit dalam suatu pertikaian saman antara Plaintif dan Defendan.

Contohnya m/sikal A telah melanggar m/sikal B dari arah belakang. Akibat impak tersebut penunggang m/sikal B telah terbabas masuk laluan arah bertentangan dan dilanggar pula oleh m/kar C. Penunggang m/sikal B telah mendapat cedera parah, kemudian telah memfailkan saman terhadap pemilik dan penunggang m/sikal A untuk menuntut suatu gantirugi atas kecederaan dan kerugian yang beliau alami.

M/sikal A pula menafikan pihaknya cuai dan bertanggungan kepada kecederaan dan kerugian yang dialami oleh m/sikal B.  Sebaliknya m/sikal A mendakwa kecederaan dan kerugian itu sebenarnya adalah disebabkan oleh impak daripada perlanggaran m/sikal A dan m/kar C ketika m/sikal B terbabas masuk ke laluan m/kar C. 

Justeru itu, m/sikal A memfailkan permohonan untuk membawa m/kar C sebagai Pihak Ketiga dalam saman itu bagi menuntut caruman ataupun tanggung rugi atas kecederaan dan kerugian yang dialami oleh m/sikal A tersebut. Jadi di sini m/kar C adalah Pihak Ketiga dalam saman tersebut, sementara itu m/sikal B adalah Plaintif dan m/sikal A adalah Defendan.


3. BAGAIMANA PROSIDING INI BERMULA

Biasanya prosiding dikemukan selepas pihak Defendan memfailkan Pembelaan setelah ia meneliti semua dokumen, fakta dan bukti yang dikemukan oleh pihak Plaintif. 

Peguamcara Defendan biasanya akan memfailkan Notis Permohanan bersama Afidavit Sokongan untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah supaya satu Notis Pihak Ketiga dikeluarkan terhadap m/kar C sekiranya wujud bukti yang menunjukkan m/kar C ada kecuaian sertaan atau kecuaian utama dalam kemalangan tersebut. Mahkamah pula selepas berpuashati akan memberi kebenaran untuk mengeluarkan Notis Pihak Ketiga terhadap pemilik dan pemandu m/kar C. 

4. APAKAH TUNTUTAN DEFENDAN TERHADAP PIHAK KETIGA

Defendan kebiasaannya menuntut caruman tanggung rugi setakat mana yang diputuskan kecuaian Pihak Ketiga tersebut. Contohnya mahkamah memutuskan Pihak Ketiga bertanggungan 50% dalam suatu kemalangan dan baki 50% lagi adalah tanggungan Defendan. Justeru itu Defendan perlu membayar 100% tangungan pampasan kepada Plaintif dan kemudiannya Defendan berhak mendapat bayaran 50% caruman pampasan tersebut daripada Pihak Ketiga itu.

5. APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN BILA MENERIMA NOTIS PIHAK KETIGA

Sama seperti Saman, anda cuma perlu memaklum dan menyampaikan Notis Pihak Ketiga itu kepada syarikat insuran yang melindungi kenderaan pada masa matan kejadian kemalangan itu. Selepas itu syarikat insuran melantik peguamcara untuk membela anda  sesuai dan selari dengan perjanjian polisi insuran kenderaan anda tersebut. Elakkan diri anda merasa tertekan atau keliru, beri kerjasama penuh kepada pasukan peguamcara yang dilantik oleh syarikat insuran untuk membela anda kerana pasukan peguamcara anda akan melakukan apa yang terbaik dan mudah untuk membela anda dan kepentingan insuran dalam kes tersebut.

Comments

  1. Sy pn dapat notis pihak ketiga..kejadian sama sprti di atas..tp bezanya sy tiada cukai jalan dan insuran..apa yg patut sy lakukan?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.