Pampasan Untuk Kecederaan Kepala



Kecederaan kepala terutamanya yang melibatkan bahagian otak dan tengkorak adalah kecederaan yang popular terjadi selepas kecederaan kaki dan tangan. Justeru itu saya merasa ada keperluan untuk berkongsi ilmu pengetahuan berhubung pampasan bagi kecederaan tersebut. Objektif penulisan ini adalah sebagai panduan mudah kepada anda supaya sekurang-kurangnya anda ada panduan dan arah dalam pengiraan dan penentuan pampasan bagi kecederaan di kepala. 

Penganugerahan pampasan ini berkait rapat atau amat bergantung kepada pelbagai faktor yang tidak terhad seperti berikut:-
  1. Umur Plaintif  sama ada bayi, kanak-kanak, umur pertengahan dan warga emas; 
  2. Jantina Plaintif sama ada lelaki ataupun perempuan;
  3. Perkahwinan sama ada telah berkahwin atau belum dan adakah kecederaan tersebut memberi kesan kepada kehilangan prospek perkahwinan.
  4. Sama ada kecederaan itu memberi kesan menyeluruh kepada daya interlektual dan mental;
  5. Sama ada kecederaan memberi kesan semulajadi kepada pekerjaan ataupun keupayaan pendapatan masa depan.

BRAIN INJURY (OTAK)

1. Persistent vegetative state (Koma)    - RM150,000.00  sehingga RM180,000.00

2. Bedridden state with awareness (lumpuh terlantar di katil tetapi masih sedar) menyeluruh dan penuh) - RM200,000.00 sehingga 250,000.00

3. Motor impairment (separuh lumpuh) - RM40,000.00 sehingga 60,000.00

4.  Pengurangan dan kerosakan daya interlektual - RM50,000.00 sehingga RM100,000.00

5. Pengurangan dan kerosakan daya ingatan - RM20,000.00 sehingga RM30,000.00

6. Perubahan sikap dan personaliti yang ringin - RM20,000.00 sehingga RM30,000.00

7. Kecederaan pada otak - RM15,000.00 sehingga RM20,000.00

8. Hilang memori atau daya ingatan sementara - RM1,000.00 sehingga RM3,000.00


SKULL (TULANG KEPALA) 


1. Parietal/Temporal/Frontal/Occipital/Spenoid bone - RM8,000.00  sehingga RM10,000.00

2. Any of these fracture requiring a cranioplasy - RM15,000.00 sehingga RM20,000.00

3. Mastoid and/or styloid processes - RM5,000.00 sehingga RM10,000.00


Penilaian pampasan di atas mestilah berasaskan kepada laporan perubatan awal hospital berserta dengan laporan penuh pakar yang memberi pengesahan berkaitan kewujudan gejala, disabilities, gangguan dan hilang upaya yang dialami oleh pesakit akibat daripada suatu kemalangan.

Saya menasihati pembaca merujuk peguamcara ataupun paralegal yang mengendalikan kes anda sekiranya anda berniat untuk mengetahui nilai lanjutan untuk kecederaan di atas. Ini kerana pampasan di atas adalah global sum yang dipetik daripada autoriti-autoriti kes dalam MLJ, CLJ dan buku Personal Injury Citator oleh How Kock Cheng. Ia tidak semestinya sama, sesuai dan sepadan untuk kecederaan dan kecacatan yang anda alami. 

Bagaimanapun saya amat berharap penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda terutamanya pembaca yang tiada ekses, maklumat dan pengetahuan berkaitan penulisan di atas. Anggaplah perkongsian ilmu ini satu sumbangan daripada saya kepada masyarakat awam yang saya cintai supaya anda tidak kehilangan arah dan tujuan sehingga boleh menjerumuskan anda menjadi mangsa penipuan disebabkan kesukaran maklumat dan pengetahuan terutamanya dalam bidang profesional perundangan seperti ini
 

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.