Posts

Apakah Sistem "WSS"

2 minggu lepas semasa menghadiri mesyuarat bersama rakan kongsi firma, dalam suasana yang begitu serius saya telah dimaklumkan, diberi arahan dan penegasan betapa sistem "WSS" telah mula aktif beroperasi di mahkamah rendah dalam lingkungan sekitar kawasan Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor dalam pengendalian perbicaraan kes "Runner Matters" (tuntutan insuran akibat kemalangan jalanraya). Bagaimanapun amalan biasa dalam sistem pengurusan mahkamah bahawa sistem ini pasti akan merebak dan diterima pakai sebagai presiden kes oleh mahkamah rendah di  negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia.  Hasil daripada penerapan sistem ini, peguamcara plaintif (penuntut) mahupun peguamcara defendan (penentang) pasti mengalami tekanan kerja hampir 100% dari paras biasa kerana melalui sistem ini suatu kes yang telah disenaraikan dan ditetapkan untuk perbicaraan mestilah lengkap dan sempurna dari segi pengumpulan fakta-fakta, keterangan-keterangan, dokumentasi dan mengenal ...

Individu Yang Disaman Trafik Juga Berhak Membawa Tuntutan Sivil (Insuran) Terhadap Pihak Ketiga

Dalam suatu kemalangan jalanraya, Pegawai Penyiasat Trafik akan menjalankan siasatan berdasarkan kepada laporan polis pengadu, rakaman percakapan, lawatan segera ke lokasi kejadian untuk mencatitkan butiran dan untuk menjumpai seberapa banyak bukti yang wujud di tempat kejadian. Justeru, adalah penting di sini untuk dihujahkan bahawa Pegawai Penyiasat Trafik (IO) bukanlah individu yang mempunyai remedi atau hak yang sah di sisi undang-undang untuk memutuskan pihak manakah yang bersalah dalam suatu kejadian kemalangan jalanraya. Perlu diingatkan bahawa Pegawai Penyiasat Trafik hanya pegawai kerajaan yang menjalankan siasatan terhadap aduan kemalangan tersebut, beliau bertugas untuk menyiasat dan mencari seberapa banyak bukti untuk dijadikan asas kepada pertuduhan terhadap Orang Kena Saman (OKS). Apabila siasatan beliau lengkap, beliau perlu merujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tujuan pendakwaan sekiranya ada bukti dan asas yang mencukupi untuk tujuan tersebut.  B...

Panik Bila Menerima Saman Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya?Apa Penyelesaian Mudahnya

Saya berterima kasih kepada pembaca budiman yang sudi memanjangkan masalah kepada saya, rata-rata semuanya berkisar kegusaran yang dialami oleh mereka yang disebabkan semata-mata dengan kehadiran dokumen saman daripada peguam yang berpunca daripada satu kemalangan jalanraya yang pernah mereka terlibat atau alami suatu ketika dulu.  Sementara itu, sebahagian daripada mereka selalunya bertanya dan meminta nasihat, pandangan dan cara bagaimana masalah mereka ini dapat diatasi dan diselesaikan, walaupun sebelum ini saya pernah menulis dan menyentuh isu ini dalam artikel yang lalu, namun saya percaya disebabkan penulisan saya terlalu berat, lebih teknikal maka apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat umum ataupun secara tepatnya pembaca budiman tidak dapat mencapai maksudnya atau difahami dengan baik.  Justeru, dikesempatan ini saya ingin meringkaskan penulisan saya yang lalu agar ia jadi lebih mudah dan santai supaya masyarakat umum dapat menerima dan memahaminya den...

Takungan Air, Kemalangan & Implikasinya

Hujung minggu lalu kebetulan hujan turun dengan lebatnya, ini mengakibatkan takungan air banyak di mana-mana kawasan termasuklah di laluan lebuhraya PLUS di sepanjang kawasan Slim River-Kuala Lumpur. Saya percaya antara faktor mengapa laluan ini mudah digenangi air adalah kerana faktor fizikal jalan yang tidak rata, cara pembuatan dan binaan lebuhraya itu terkeluar daripada standard biasa. Tidak perlu tunggu hujan lebat selama 1 jam, cukup sekadar 15 minit saya yakin laluan di situ pasti akan digenangi air dengan pantasnya. Salah satu kes yang dikemukan ke hadapan saya hujung minggu adalah kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah m/sikal dan 2 biji m/kar. Saya sukar mempercayai bagaimana penunggang m/sikal itu boleh terselamat dan hanya mengalami cedera ringan di beberapa anggota badan sahaja, sedangkan beliau sebenarnya telah diseret oleh sebuah m/kar sejauh 4 km jauhnya. Subahanallah!. Saya dimaklumkan kemalangan itu berpunca daripada kewujudan takungan atau lopak air di sepanjang...

Jadilah Pengguna Bijak

1. Sekitar April-Mei yang lalu saya terpaksa melalui detik yang amat mencabar dalam karier dan kerjaya saya. Tidak pernah termimpi bahawa saya akan menerima ujian, cabaran dan asakan hebat daripada pesaing saya. Setiap hari pesaing itu akan mengganggu client saya sama ada melalui panggilan telefon atau menghantar bouncer semata-mata untuk memberi tekanan, mewujudkan ketakutan dan rasa tergugat dalam diri client saya, dengan objektif beliau bersedia untuk membuat pusingan u dan kembali semula mendapat khidmat dari firma guaman tersebut. 2. Sampai pada satu tahap dan peringkat client saya letih, jemu dan bosan dengan gangguan tersebut. Setiap kali beliau diganggu, saya akan menjadi tempat dia bercerita, mengadu dan meminta pandangan, sampai saya pun kadang-kadang merasa tertekan dengan semua ini kerana privasi dan hidup berkeluarga saya turut terjejas. Ini disebabkan gangguan tersebut terjadi tidak kira hari dan waktu sama ada hari bekerja, siang mahupun malam. 3. Oleh kerana gangguan...

Bagaimana Mangsa Kemalangan Berperanan?

Satu sistem berjaya atau dapat beroperasi di tengah-tengah masyarakat sekiranya masyarakat itu menerima, menyokong dan mengamalkan sistem itu. Sehebat dan sekukuh mana pun pengaruh sistem itu, jika ia dipaksikan oleh sifat-sifat yang negatif seperti penipuan, manipulasi, menolong orang yang zalim, menzalimi orang yang lemah, pasti suatu hari nanti sistem itu berkubur dan akan digantikan dengan satu sistem baru yang lebih adil, budiman dan ehsan asalkan sahaja masyarakat di sekelilingnya inginkan perubahan dan perubahan itu disokong dengan jitu dan tanpa jemu oleh masyarakat itu. Sebenarnya masalah ulat, broker dan agen yang berleluasa pada masa kini yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan bukan sahaja terhadap mangsa kemalangan tetapi juga terhadap pengamal undang-undang masih boleh diatasi sekiranya individu dan masyarakat sendiri dapat menjalankan peranan mereka dengan betul tanpa putus asa. Suatu sistem tidak akan aktif dan berperanan jika masyarakat tidak menerima dan menj...

Anda Berperanan Mengubahnya Jangan Sampai Sikap Dan Amalan Ini Menjadi Habit Yang Berleluasa Dalam Masyarakat

Isnin lalu saya dimaklumkan oleh rakan-rakan berkenaan suatu kemalangan yang berlaku di satu lokasi dalam kawasan Slim River, berdasarkan maklumat awal penunggang dan pembonceng berkemungkinan mendapat kecederaan parah. Saya membuat semakan di balai polis dan hospital untuk mendapatkan pengesahan maklumat tersebut. Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu m/van pihak ketiga yang memasuki jalan sah m/sikal. Kedua-dua mangsa bekerja sebagai buruh ladang dan esoknya saya diperkenalkan kepada penyelianya, penyelia itu memberitahu saya bahawa dia diberi kuasa untuk menguruskan hal dan perkara berkenaan kes kemalangan ini oleh keluarga mangsa yang berada di luar kawasan serta diberi mandat oleh mangsa sendiri. Oleh kerana saya percaya bahawa beliau ada kuasa penuh, maka saya mula memberi taklimat dan konsultansi berkaitan kes ini. Selepas itu kami terus ke hospital untuk melawat mangsa untuk melihat kecederaannya dan bagi mendapatkan mandat daripadanya...