1. Sikap adil, telus dan saksama adalah tuntutan utama dalam agama islam. Sebagai manusia yang mengaku sebagai muslim dan umat Muhammad saw kita harus melaksana dan menghayati sifat dan sikap terpuji itu dengan bersungguh-sungguh. 2. Rasanya semua orang tahu perkara ini, tapi ramai yang buat-buat tidak tahu, sengaja memilih untuk tidak melaksanakannya kerana ada kepentingan duniawi yang melebihi kepentingan akhirat dan ukhrawi. 3. Dalam isu yang saya kemukakan, saya suka bersikap adil kepada semua, kepada pengguna dan juga kepada pengamal undang-undang serta wakilnya yang terlibat dalam masalah ini. 4. Ramai juga pembaca mengadu dan mendakwa mereka ditipu dan diperdayakan oleh tout, agen, runner dan peguam yang mengendalikan kes mereka. 5. Akan tetapi apabila kes itu diselidiki dengan lebih mendalam dan terperinci, akhirnya saya mendapati tuduhan dan dakwaan itu bersifat tohmahan dan berunsur fitnah. 6. Apa yang berlaku, ada segelintir mangsa kemalangan yang suka meminjam ...