KEJADIAN INI BOLEH DIELAKKAN JIKA...



1. Kejadian malang ini berterusan berlaku dulu, kini dan mungkin pada masa akan datang. Kenapa ia berlaku? kerana kita membenarkannya berlaku tanpa kesedaran dan usaha untuk mengatasinya.

2. Penjenayah, pencuri dan/atau perompak akan berjaya melaksanakan niat dan kerja jahat mereka setelah mangsa memberi peluang yang luas, tidak berhati-hati, leka dan abai.

3. Sipenipu kolar putih ini bersifat pemangsa dan penjenayah, mereka sentiasa mengintai ruang, peluang dan masa yang sesuai dari jauh untuk melaksanakan niat mereka, bila ada sahaja peluang mereka terus membaham tanpa belas kasihan.

4. Satu-satunya cara untuk membasmi dan membenteras sipenipu ini terus menipu ialah dengan menyebarkan dan berkongsi maklumat dan pendidikan kepenggunaan dengan meluasnya  khusus bagi mangsa yang ingin membuat tuntutan insuran selepas terlibat dalam kemalangan.

5. Kita tutup semua ruang dan peluang kepada sipenipu untuk merancang, melaksana dan menjayakan modus operandi penipuan mereka.

6. Modus operandi mereka mudah, mereka akan menemui mangsa kemalangan sama ada di hospital atau di balai trafik.

7. Mereka menawarkan bantuan dan khidmat serta janji-janji yang melangit tinggi. Mangsa dituba dengan janji akan dapat pampasan yang banyak dan cuma kena bayar 20-25% sahaja kos guaman.

8. Namun janji ini cuma janji lisan tanpa ada bukti hitam putih dan bertulis. Mereka melakukannya dengan sengaja, senang tiada bukti di kemudian hari, jika mangsa ingin mempertahankan diri.

9. Pada hari besar penuh sangkaan kegembiraan iaitu ketika cek pampasan telah tersedia dan perlu diserahkan kepada mangsa. Cerita manis, indah dan penuh bahagia bertukar kepada duka lara, kesakitan dan pengkhianatan.

10. Ehhh mengapa begitu? awalnya mangsa menyangka dia bertuah kerana dapat pampasan yang banyak. Tapi rupanya pampasan yang biasa dan sederhana sahaja, kemudian duka bertambah bertimpa pula bila sipenipu menuntut bayaran kos guaman 20-25% bersama tambahan caj-caj baru yang hanya diberitahu dan diketahui pada hari itu.

11. Bila simangsa mempertikaikan mulalah sipenipu berkalih bahawa semua peguam mengenakan caj-caj sebegini dan sejak dulu mereka caj macam ini. Habis dipukul rata semua peguam jadi penipu macam dia. Hakikatnya dia dan geng-geng seangkatan dengannya sahaja yang suka memakai sekejap baju sipembela dan sekejap pula baju sipenipu.

12. Namun diluar sana sebenarnya masih ada, wujud dan ramai peguam yang ikhlas dan jujur. Mereka pembela yang ikhlas, berintergriti dan menegakkan etika kepeguaman yang tulen. Namun cuma agak sukar untuk menemuinya, anda kena rajin mencari, mereka ini umpama intan permata yang tertimbus di dalam selut dan lumpur. 

13. Bagi mangsa yang telah melalui pengalaman buruk ini, saya yakin ini adalah pengalaman yang sangat menyakitkan hati, penuh sumpahan dalam hati, penuh cercaan dan makian tahap dewa,  namun nasi telah jadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan kecuali paksa rela melepaskan duit pampasan diratah lemak oleh orang lain.

14. Kejadian ini boleh dielakkan pada masa akan datang jika anda berhati-hati, tidak mudah menerima umpanan dan sogokan wang, tidak mudah melantik peguam tanpa ada surat hitam putih berkaitan semua perkara tentang kadar dan yuran guaman, mempercayai hanya diri anda sendiri serta tidak menyerahkan urusan kes ini kepada pihak lain tidak kira siapapun mereka.

#TuntutanInsuran
#TuntutanKemalangan
#KesGuamanKemalangan
#AccidentMatters
#RunnerMatters
#BodilyInjuriesClaim
#PropertyDamagesClaim
#FatalClaim
#DependencyClaim
#PenggunaBijak
#MemperkasaHakPengguna
#KekalTenang
#KitaJagaKita

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.