SAYA MENULIS KERANA KASIH SAYANG KEPADA ANDA SEMUA


1. Saya menulis di blog Karlz Kampau sejak tahun 2009 lagi dan di pages pula 3 tahun kebelakangan ini.

2. Walaupun saya tidak mahir dengan aplikasi dan gadet komputer, namun saya berusaha juga menulis mengikut kemampuan dan keupayaan saya.

3. Tujuan dan objektifnya, saya mengasihi dan menyayangi anda semua. Saya ingin anda selamat dan ada ilmu, input dan pendedahan. Sekurang-kurangnya anda dapat menjaga dan melindungi diri sendiri.

4. Saya tidak dapat menolong anda lebih jauh daripada ini, saya hanya mampu menulis dan memberi pendedahan. Tetapi tidak mampu membantu anda secara langsung.

5. Cukuplah pekerjaan ini diterima Allah sebagai satu bentuk amal kebaikan dan kebajikan yang mampu saya berikan sebagai tanda kasih sayang kepada sesama insan.

6. Sepanjang saya menulis saya tidak pernah meminta upah, ganjaran atau bayaran daripada pembaca, likers dan follower saya. Semuanya adalah ikhlas dan percuma.

7. Namun semalam pecah rekod apabila Puan Ros beriaya-iya meminta nombor akaun bank saya. Saya serba salah dan keberatan, akhirnya akur memenuhi permintaannya.

8. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ros. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya. Aamiin. Meskipun begitu saya suka menegaskan bahawa saya tetap ingin meneruskan khidmat saya secara sukerela, percuma dan berasaskan kasih sayang.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.