TUNTUTAN GANTIRUGI KOS MEMBAIKI KENDERAAN PIHAK KETIGA


1. Mestipun Seksyen 96 APJ 1987 memberi justifikasi bahawa penanggung insuran wajib menunaikan apa jua hukuman atau melunaskan pembayaran yang dikenakan ke atas pemegang polisi berkenaan dengan risiko pihak ketiga.

2. Namun Seksyen 91 APJ 1987 pula memperuntukkan bahawa penanggung insuran ada kewajipan mutlak atau mandatori hanya terhad kepada pampasan gantirugi kematian dan kecederaan badan sahaja.

3. Bagi pampasan gantirugi kerosakan harta benda (property damages) pula seperti kos baik pulih kerosakan kenderaan pihak ketiga, ia tidak bersifat mutlak dan penanggung insuran berhak menolak dan menafikan tanggungjawab jika:-

(a) Kenderaan itu tidak memiliki sebarang perlindungan insuran yang sah;

(b) Kenderaan itu dipandu oleh seseorang tidak memiliki lesen memandu yang sah;

4. Justeru itu, penanggung insuran hanya menerima apa-apa liabiliti atau pembayaran pampasan kerosakan atau kehilangan kenderaan jika:-

(a) Kenderaan itu memiliki perlindungan insuran yang sah;

(b) Kenderaan itu dipandu oleh orang yang ada lesen memandu yang sah di sisi undang-undang.

5. Ringkasnya jika berlaku suatu kemalangan yang berpunca daripada liabiliti pemandu kenderaan yang diinsurankan, sedangkan mangsa pihak ketiga itu pula tiada lesen memandu dan kenderaannya pula tak ada cukai jalan dan tiada perlindungan insuran. Maka penanggung insuran hanya wajib untuk membayar pampasan bagi gantirugi seperti berikut:-

(a) Kematian;
(b) Kecederaan tubuh badan;
(c) Perubatan;
(e) Lain-lain gantirugi yang bersangkutan atau berpunca daripada cedera tubuh badan itu.

6. Manakala itu penanggung insuran diberi pengecualian atau penafian tanggungjawab bagi kos baiki atau kehilangan penuh kenderaan pihak ketiga kerana terma dan syarat utama semua polisi insuran kenderaan mewajibkan penuntut ada lesen memandu yang sah dan kenderaan pula kena ada polisi insuran yang sah.

7. Jika terma dan syarat ini tidak dipenuhi, maka secara automatik penuntut telah gugur atau hilang kelayakan untuk membuat tuntutan  dan menerima pampasan bagi gantirugi tersebut.

8. Justeru itu saya menyeru anda semua supaya berhati-hati dan sentiasa meneliti polisi insuran kenderaan anda dan juga lesen memandu setiap kali sebelum anda memandu atau berada di atas jalan raya.

9. Jangan sesekali memandu tanpa lesen atau ketika kenderaan tidak dilindungi insuran kerana kealpaan dalam perkara ini akan menimbulkan kerugian yang teruk jika berlaku kemalangan jalan raya.

10. Jika anda menjadi punca kemalangan, anda akan menghadapi saman sivil secara indipenden dan sendirian dalam semua perkara termasuk kos, pampasan dan apa jua perlaksanaan penghakiman.

11. Sebaliknya jika anda tidak cuai dalam kemalangan itu, anda hanya menerima pampasan kecederaan, perubatan dan  kematian sahaja. Tetapi tidak kepada kos baiki kenderaan, anda kena tanggungnya sendiri. Semoga bermanafaat.

#TuntutanInsuran
#TuntutanKemalangan
#KesGuamanKemalangan
#AccidentMatters
#RunnerMatters
#BodilyInjuriesClaim
#PropertyDamagesClaim
#FatalClaim
#DependencyClaim
#PenggunaBijak
#MemperkasaHakPengguna
#KekalTenang
#KitaJagaKita

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.