BERTANYA KEPADA ORANG YANG TEPAT, BENAR DAN ARIF


1. Saya sering dipertanyakan terkait anggaran pampasan kecederaan oleh sama ada pembaca pages ini atau blog karlz kampau. Pertanyaan itu bukan bersifat teknikal tetapi ini lebih kepada ingin mengetahui berapa nilai pampasan yang patut mereka dapat untuk cedera itu dan ini.

2. Jujurnya saya ingin menjawab semua soalan mereka, bagaimanapun saya bimbang jika jawapan saya dijadikan panduan, asas atau diterima sebagai tepat bagi kes orang bertanya itu.

3. Suka saya menjelaskan apa yang ditulis didalam pages ini atau blog saya itu cuma layak sebagai pengetahuan am dan ringkas sahaja.  Panduan yang saya rujuk iaitu journal laporan kes perundangan (MLJ dan CLJ) dan Compendium of Personal Injury Award terbitan Majlis Peguam cuma bertindak sebagai perbandingan sahaja.

4. Bagaimanapun pandangan ini tidak boleh diterima sebagai muktamad, tepat, wajib dan mesti kepada kes anda. Semua kes guaman sivil tuntutan kemalangan berbeza di antara satu sama lain terutama dalam isu fakta, undang-undang, beban bukti dan dokumen.

5. Jadi setiap pampasan itu akan diawardkan berdasarkan kepada fakta, isu undang-undang, pelepasan beban bukti dan dokumen bagi kesnya sendiri.

6. Justeru itu setiap kes itu berbeza-beza nilai pampasan atau awardnya walaupun kecederaan yang serupa atau hampir sama kerana pengidap atau orang mendapatkan cedera itu berbeza-beza dari faktor umur, jantina, pekerjaan, isu undang-undang, pelepasan beban bukti dan meritokrasi dokumennya.

7. Anda akan bertindak prejudis, salah, melencong dan menyeleweng apabila memakai taksiran pampasan bagi kes orang lain menjadi patut, sama, serupa, wajib dan mesti bagi kes anda pula.

8. Nasihat saya, langkah yang paling tepat, benar dan bijaksana yang patut dan mesti anda ambil atau lakukan ialah mendapatkan temujanji berjumpa peguamcara yang mengendalikan kes anda sendiri terkait untuk mendapat rundingcara dan nasihat berhubung isu liabiliti dan kuantum.

9. Pada masa tersebut, peguamcara anda bukan sahaja memberi nasihat yang tepat tetapi dia juga akan membimbing anda untuk mengetahui isu undang-undang, persoalan dan masalah, beban bukti, dokumen dan fakta kes ini dengan lebih jelas dan terperinci.

10. Ramai orang bertindak salah apabila ke sana ke mari berjumpa dengan orang itu dan orang ini, bertanya orang itu orang ini tentang berapa nilai pampasan yang dia patut dapat sedangkan orang ditemuinya itu kelayakan pengalaman dan tauliahnya boleh dipertikaikan.

11. Jika anda ingin tahu perkara yang benar dan tepat tiada tindakan lain yang patut anda lakukan kecuali datang berjumpa peguamcara anda sendiri. Jika anda jumpa orang yang salah maka sudah tentu anda pula akan dapat nasihat, fakta dan kefahaman yang salah juga.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.