SAMPAI BILA INI AKAN BERTERUSAN?

Sebentar tadi saya dihubungi oleh pembaca pages ini  untuk memohon nasihat dan pandangan kerana dia telah menjadi mangsa penipuan firma guaman. Dia ini awalnya diberi janji lisan bahawa lawyer cuma akan ambil yuran guaman all in 20% daripada nilai pampasan.

Kes beliau telah selesai dengan jumlah penghakiman RM12,000.00. Sepatutnya kalau ikut janji awal lawyer cuma berhak ambil RM2,400.00. Tapi anda lihatlah sendiri apa yang terjadi ke atas beliau. Menurut mangsa kes
ini berlaku di satu daerah bersempadan dengan Seremban di Negeri Sembilan.

Apa yang saya tulis dulu, kini dan akan datang bukan bersifat fitnah atau tuduhan melulu, tapi ini adalah hakikat yang sebenarnya berlaku jika anda meremehkan keperluan dan kepentingan surat perjanjian atau surat jaminan berkenaan bayaran yuran guaman.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.