Posts

Bagaimana Mangsa Kemalangan Berperanan?

Satu sistem berjaya atau dapat beroperasi di tengah-tengah masyarakat sekiranya masyarakat itu menerima, menyokong dan mengamalkan sistem itu. Sehebat dan sekukuh mana pun pengaruh sistem itu, jika ia dipaksikan oleh sifat-sifat yang negatif seperti penipuan, manipulasi, menolong orang yang zalim, menzalimi orang yang lemah, pasti suatu hari nanti sistem itu berkubur dan akan digantikan dengan satu sistem baru yang lebih adil, budiman dan ehsan asalkan sahaja masyarakat di sekelilingnya inginkan perubahan dan perubahan itu disokong dengan jitu dan tanpa jemu oleh masyarakat itu. Sebenarnya masalah ulat, broker dan agen yang berleluasa pada masa kini yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan bukan sahaja terhadap mangsa kemalangan tetapi juga terhadap pengamal undang-undang masih boleh diatasi sekiranya individu dan masyarakat sendiri dapat menjalankan peranan mereka dengan betul tanpa putus asa. Suatu sistem tidak akan aktif dan berperanan jika masyarakat tidak menerima dan menj...

Anda Berperanan Mengubahnya Jangan Sampai Sikap Dan Amalan Ini Menjadi Habit Yang Berleluasa Dalam Masyarakat

Isnin lalu saya dimaklumkan oleh rakan-rakan berkenaan suatu kemalangan yang berlaku di satu lokasi dalam kawasan Slim River, berdasarkan maklumat awal penunggang dan pembonceng berkemungkinan mendapat kecederaan parah. Saya membuat semakan di balai polis dan hospital untuk mendapatkan pengesahan maklumat tersebut. Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu m/van pihak ketiga yang memasuki jalan sah m/sikal. Kedua-dua mangsa bekerja sebagai buruh ladang dan esoknya saya diperkenalkan kepada penyelianya, penyelia itu memberitahu saya bahawa dia diberi kuasa untuk menguruskan hal dan perkara berkenaan kes kemalangan ini oleh keluarga mangsa yang berada di luar kawasan serta diberi mandat oleh mangsa sendiri. Oleh kerana saya percaya bahawa beliau ada kuasa penuh, maka saya mula memberi taklimat dan konsultansi berkaitan kes ini. Selepas itu kami terus ke hospital untuk melawat mangsa untuk melihat kecederaannya dan bagi mendapatkan mandat daripadanya...

Definasi 'Jalan' Mengikut Taksiran S(2)(a)APJ 1987

Selepas posting terakhir bertajuk 'Penting dan Untungnya Sikap Berlapang Dada' yang diposkan pada 28 Januari, 2011, saya langsung tiada bersempatan ataupun masa untuk menulis cacatan baru kerana dikepong oleh kesibukan tugasan harian, saya bekerja dari awal pagi dan hanya pulang ke rumah hampir lewat malam. Hendak membawa anak isteri berjalan-jalan mahupun menikmati makan malam di luar amat jarang berpeluang, terpaksalah anak isteri saya makan malam di rumah tanpa ketiadaan saya. Apa yang saya perhatikan isteri saya sudah mula memberi ulasan-ulasan kurang enak dan meminta saya menjadualkan semula tugasan, perancangan dan tindakan yang akan saya ambil mengikut priority a tau keutamaan kepentingan kes. Malangnya kebanyakan kes kendalian saya semua hampir pasti memasuki zon priority kerana semua sudah memasuki zon bicara ataupun perundingan penyelesaian dan ada beberapa kes utama telah selesai serta hanya menanti pembayaran pampasannya. Dalam peringkat ini saya terpaksa membuat...

Penting dan Untungnya Sikap Berlapang Dada

Suatu hari dalam minggu yang lepas, saya mendapat maklumat mengenai satu kejadian kemalangan melibatkan m/sikal dan m/kar di pekan Sungkai, dimana penunggang m/sikal mengalami cedera patah kaki kanannya. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengesan mangsa sama ada merujuk kepada pihak polis mahupun pihak hospital. Akhirnya saya berjaya mengesan mangsa dan menghubungi keluarga terdekat beliau untuk memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini bagi menjamin kepentingan mangsa sama ada untuk tindakan sivil mahupun tindakan trafik tidak tergugat. Lazimnya apabila berlakunya suatu kemalangan, jika pihak polis ada dihubungi ataupun ada laporan polis dibuat berkaitan kemalangan sama ada laporan oleh pemandu yang terlibat ataupun laporan maklumat pertama oleh keluarga mangsa yang terlibat, pihak polis akan secepat mungkin pergi ke lokasi kejadian untuk mengumpul bukti, mengambil data-data dan fakta yang relevan yang wujud di tempat kejadian, mengambil gambar tempat kejadia...

"Abang Tak Patut Saman Saya Sebab Saya Sudah Jual Kereta Ni Sebelum Kemalangan"

"Abang tak patut saman saya sebab saya dah jual kereta ni sebelum kemalangan" kata seorang Defendan dalam suatu tindakan Mahkamah berkaitan kemalangan. "Saya dah jual kereta 3 bulan sebelum kemalangan ini" jelasnya lebih lanjut. Saya terus bertanya "Encik ada buat pindah milik kepada pemilik baru, kalau tidak ini bermakna pada masa kemalangan itu dan juga masa kini encik adalah pemilik yang sah yang di sisi undang-undang ke atas kereta tersebut". "Encik bukan sahaja telah melanggar Akta Sewa Beli Kenderaan, tetapi juga telah melanggar kontrak dalam perjanjian Polisi Insuran dengan syarikat insuran yang menanggung risiko pihak ketiga ke atas kereta encik". "Oleh demikian, kami tidak melakukan kesilapan apabila kami menyaman encik berkaitan kes kemalangan ini kerana encik adalah pemilik yang sah kereta berkenaan, dimana encik perlu menanggung liabiliti kecuaian oleh pemandu yang memandu kereta encik walaupun encik tidak kenal ataupun tidak tah...

"En. BK, Apa-apa Hal Saya Ikut Polis"

"En. BK, apa-apa hal saya ikut polis, saya dinasihatkan oleh kawan supaya semua urusan ikut polis" ini ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut seorang pelanggan saya semasa saya menjalankan konsultansi berkaitan kes kemalangan yang melibatkan beliau baru-baru ini. Saya terdiam sejenak dan mula berfikir bagaimana keadaan ini boleh berlaku ke atas beliau, sedangkan dari segi penampilan beliau kelihatan terpelajar, segak dan berjawatan besar. Saya terus bertanya"ada sarjan cadangkan mana-mana firma guaman untuk En". beliau menjawabkan "tiada, sarjan suruh saya cari sendiri, sebenarnya saya tunggu sarjan buka mulut beritahu saya firma guaman mana yang perlu saya lantik, tapi dia langsung tak cakap apa-apa". "Oleh sebab En. BK pernah jumpa saya, saya tiada pilihan lain kecuali ambil firma En. sebagai peguam saya". Saya menarik nafas lega kerana rakan saya AIO yang mengendalikan kes berkenaan langsung tidak menyebut ataupun mencadangkan firma saya ke...

Anjakan Baru Membudayakan Persefahaman dan Kepercayaan Antara Peguam dan Anakguam

Sejak 1996 saya ketika saya mula menjalankan tugasan saya, saya berpeluang berjumpa, mengenali, menyelami dan memahami beberapa karektor manusia, di sini terdapat pelbagai kelompok manusia, ada yang baik, jujur, ikhlas dan sentiasa patuh kepada nasihat yang diberikan. Tetapi wujud juga sekelompok manusia yang tidak jujur, tidak ikhlas, penipu dan sentiasa dikurung oleh sikap negatif iaitu prasangka buruk, tutur kata, pemikiran, bahasa badan dan tingkah laku mereka ini yang sentiasa penuh dengan aura prasangka dan ketidakpercayaan. Golongan ini sentiasa membelakangi nasihat dan panduan yang diberikan untuk memandu mereka ketika prosiding tindakan berlangsung, tetapi lebih teruk mereka ini bertindak sendiri dan membelakangi peguam apabila membuat laporan polis berkaitan kemalangan sendiri tanpa memberitahu, berbincang dan merujuk kepada peguam, memberi maklumat dan dokumen kes sesuka hati kepada mana-mana pihak tanpa nasihat dan pengetahuan peguam. Di sini saya ingin menekan betapa sikap...