KITA WAJIB BERSIFAT ADIL DAN SAKSAMA

1. Mempertahankan hak adalah satu amalan mulia dan sangat terpuji di sisi agama dan masyarakat kita. Bahkan dalam keadaan tertentu hukumnya adalah wajib. 2. Mempertahankan hak sinonim dengan mempertahankan air muka, maruah dan harga diri. Kerana itu wujudnya pepatah lama berbunyi "Biar putih tulang jangan putih mata". 3. Namun begitu menuntut atau mempertahankan hak itu ada cara, kaedah, hukum dan etikanya. Kita hanya boleh menuntut sesuatu yang nyata menjadi hak kita, bukan hak orang lain. Kita wajib bersifat adil dan saksama. 4. Kita hanya boleh menuntut gantirugi atau menerima pampasan untuk suatu kerugian atau belanja yang benar mutlak atau nyata dikeluarkan daripada poket kita sendiri, bukan dibayar atau dibiayai oleh pihak lain. 5. Saya pernah menerima aduan pembaca, dia mendakwa peguamcaranya telah menipu beliau. Dia menerima pampasan yang banyak untuk kecederaan kaki yang dialaminya. 6. Pembaca itu mendakwa selain dari yuran 25% daripada nilai pampasaan, p...