SEBELUM LANTIK PEKERJA MAHIR IKAT KONTRAK DENGAN JELAS, TERSUSUN & SEMPURNA
1. Sebelum ini dalam perkongsian lalu saya memberi analogi satu perumpamaan bahawa proses perlantikan peguam bagi kes guaman akibat kemalangan sama keadaan dan kisahnya seperti pemilik tanah dan pekerja mahir yang terlibat projek perkebunan buah-buahan.
2. Pemilik tanah atau kebun sudah tentu berhajat kepada hasil buah yang melimpah ruah, lebat, lazat, manis dan berkualiti tinggi. Sementara itu pekerja mahir pula berkehendak kepada upah kerja profesional yang sesuai, setimpal dan setara dengan kedudukan dan khidmat mereka.
3. Bagi mencapai maksud dan objektif diri masing-masing, pemilik tanah dan pekerja mahir patut ada seisi perundingan dan perbincangan yang telus tentang cara, kaedah, upah, pengurusan dan penyelenggaraan serta kerja-kerja perkebunan itu.
4. Pemilik tanah harus bertanya, ambil tahu dan mendapatkan penerangan yang jelas daripada pekerja mahir tentang wawasan, kertas kerja, proses dan upah, anggaran kos projek itu. Paling penting wajib ditanya kepada pekerja mahir tentang upah yang bakal dikenakan sama ada caj itu sudah termasuk semua belanja kos merata dan mengamburkan tanah, menanam pokok, membaja, meracun dan mengawal selia pokok dan membawa keluar hasil pertanian untuk pasaran.
5. Pekerja mahir pula perlu menjelaskan dengan jujur tentang upah, skop kerja, tanggungjawab, kawalan dan proses pelaksanaan projek itu dari awal hingga akhir dengan laras bahasa yang paling mudah difahami oleh pemilik tanah.
6. Selepas kedua-dua pihak berpuas hati barulah dikeluarkan satu surat kontrak hitam putih dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Selepas meterai perjanjian barulah projek ini dijalankan dan diteruskan.
7. Saya percaya sekiranya kedua-dua pihak mengambil langkah proaktif dan giat melaksanakan agenda perjanjian itu, in syaa Allah kebun buah itu akan mendatangkan hasil lumayan kepada kedua-dua belah pihak.
8. Malangnya realiti yang berlaku, pemilik kebun ingin menjimatkan kos tapi berhajat kepada hasil yang lumayan. Pekerja mahir pula ingin projek tetapi menipu, tidak berterus terang dan banyak menyembunyikan perkara hal upah dan tatacara bagaimana projek itu dijalankan.
9. Oleh kerana pemilik kebun ingin kos yang murah dan pekerja mahir pula ingin projek walaupun tahu permintaan pemilik kebun sukar dipenuhi. Tetapi kerana kedua-duanya tidak ikhlas dan ada agenda peribadi masing-masing. Akhirnya satu ikatan janji lisan dibuat, pekebun berjanji akan bayar upah, bekal racun dan baja mengikut masa dan jadual ditetapkan. Pekerja mahir pula berjanji pemilik tanah akan dapat hasil buah yang banyak.
10. Kesudahannya di akhir cerita, hasil kebun itu tidak memuaskan hati pemilik kebun dan tidak sama seperti yang dijanjikan oleh pekerja mahir. Malahan hasil kebun itu sama dan setara seperti tuan-tuan tanah yang berjiran dengannya. Ternyata awangan dan janji manis pekerja mahir itu cuma omongan kosong yang menyakitkan sanubari pemilik tanah.
11. Lebih memedihkan hati, tuan tanah itu dipaksa oleh pekerja mahir untuk membayar upah yang sangat tinggi sebagai bayaran upah pekerja mahir dan segala upah tambahan bagi setiap kerja merata dan menyambur tanah, membaja, meracun, mengawal selia dan membawa keluar hasil kebun itu.
12. Sedangkan dulu semasa pekerja mahir ini menagih projek ini, dia berjanji lisan bahawa semua upah yang diminta itu adalah upah global sum dan sudah merangkumi dan meliputi segala kos dan pekerjaan. Tiba-tiba hari ini dia minta upah itu, upah ini dan segala kerja dicajnya tanpa tertinggal.
13. Apa yang paling mendukacitakan pemilik tanah pula dikatakan cuba menipu, salah faham dan memutar belit perjanjian awal. Kesian pemilik tanah, umpama jatuh ditimpa tangga sudahlah hasil kebun sedikit kena pula bayar upah berlipat ganda kepada pekerja mahir. Jadi dalam kisah ini siapa yang jadi mangsa?siapa yang untung?siapa yang rugi?dan kenapa kisah sedih terjadi, apa puncanya?.
14. Jawapan ada pada hati sanubari anda. In syaa Allah. Kisah sedih pemilik tanah ini boleh berlaku dan terjadi kepada anda (mangsa kemalangan), jika anda masih abai dan cuai semasa dalam proses perlantikan peguam, dengan meremehkan ketelusan, keperluan dan kewujudan surat perjanjian bertulis berkaitan kadar upah dan kos guaman dalam kes anda. Belajarlah dari kesilapan, nasib malang dan kesedihan mangsa yang pernah ditipu sebelum ini.
Semoga bermanafaat.
#InsurancesClaim
#AccidentsClaim
#TuntutanInsuran
#TuntutanKemalangan
#KesKemalanganJalanRaya
#SamanSivilTuntutanKemalangan
#RunnerMatters
#BodilyInjuriesClaim
#PropertyDamagesClaim
#FatalClaim
#DependencyClaim
#HakPengguna
#PenggunaBijak
#MemperkasaPengguna
#KekalTenang
#KitaJagaKita

Comments
Post a Comment