PAMPASAN GANTIRUGI BAGI KECEDERAAN KEPATAHAN TULANG MASTOID AND/OR STYLOID PROCESSES

1. Tulang mastoid dan styloid processes adalah salah satu komponen tulang-tulang yang berada dalam lingkungan tulang tempurung kepala.

2. Perkongsian ini adalah satu panduan berkenaan kuantum Gantirugi Am dalam kes guaman berkaitan tuntutan kemalangan jalan raya (personal injury accident claim) atau lebih dikenali runner matter. Tuntutan ini adalah untuk mendapatkan remedi sivil untuk gantirugi yang diakibatkan oleh suatu kemalangan.

3. Perkongsian ini terhad kepada gantirugi kecederaan sahaja dan ia tidak meliputi serta merangkumi apa-apa award bagi Gantirugi Khas dan juga gantirugi hilang pendapatan dan/atau keupayaan pendapatan masa depan.

4.  Perkongsian ini juga tidak boleh dirujuk atau digunakan sebagai perbandingan bagi kes lain seperti tuntutan INSURAN HAYAT atau tuntutan PERKESO (SOSCO).

5. Informasi ini hanyalah satu panduan ringkas bersifat umum yang mempunyai objektif sebagai perisai awal supaya pengguna ada input dan tidak mudah diperbodohkan oleh taut, agen, runner peguam.

 6. Jika anda memerlukan opinion pakar sila rujuk pengamal undang-undang yang bertauliah.

7. Pampasan gantirugi mungkin berubah dan tidak sama antara satu individu kepada individu yang lain kerana ia dipengaruhi oleh tahap kecederaan dan kecacatan kepada pesakit, umur, jantina, status perkahwinan dan pekerjaan seseorang pesakit. Justeru itu laporan perubatan pakar sangat diperlukan untuk menyukat nilai tinggi-rendahnya sesuatu pampasan gantirugi.

8. Contoh pertama ialah purata jangka hayat lelaki Malaysia adalah melebihi usia 65 tahun dan bagi wanita pula melebihi 50 tahun. Justeru itu pampasan gantirugi bagi pesakit lelaki lebih tinggi berbanding pesakit wanita kerana disebabkan faktor jantina dan jangka hayat masing-masing.

9. Contoh kedua ialah pampasan pesakit lelaki usia 25 tahun sudah tentu lebih tinggi dan banyak berbanding pesakit lelaki usia 65 tahun kerana faktor umur dan jangka hayat. Logiknya pesakit tua dapat pampasan lebih sedikit berbanding lelaki muda kerana jangka hayat hidupnya yang singkat jika diambil kira purata jangka hayat lelaki di negara adalah 65 tahun.

10. Saya merujuk kepada nas-nas berikut sebagai panduan dan perbandingan bagi pampasan gantirugi  kecederaan ini:-

(a) Compendium of Personal Injury Awards (Bar Council Malaysia 2014);

(b) Compendium of Personal Injury Awards (Bar Council Malaysia 2018); dan

(c) Personal Injury Citator by How Kock Cheng (Malayan Law Journal 2001)

11. Nilai semasa award pampasan gantirugi bagi kecederaan ini pada masa kini setelah mengambil kira faktor ekonomi dan nilai mata wang semas adalah bermula daripada jumlah minima RM8,500.00  maksima RM13,000.00.

#TuntutanKemalangan
#GuamanSivilKesKemalangan
#AccidentsClaim
#TuntutanInsuran
#InsuranceClaim
#AktivisPengguna
#ConsumerActivist



Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.