KITA SERING ALPA DAN TERPEDAYA
1. Kita semua termasuklah diri saya, anda, kamu dan mereka yang serba hina dan kekurangan selalu leka, alpa dan terlupa pada setiap saat dan ketika.
2. Kita lupa bahawa hidup di dunia ini amatlah singkat, barangkali sesingkat cuma tarikan 1 nafas sahaja. Kita lupa hayat kita ini berjalan pantas dari satu nafas ke nafas baru yang lain. Andainya nafas itu terhenti maka berakhirlah nyawa dan hayat kita di dunia ini.
3. Dari alam sementara kita berpindah ke alam kekal abadi. Dari hidup bertukar kepada mati, tinggallah nama dan sejarah sahaja. Meskipun begitu berapa ramai orang yang berwaspada dan berhati-hati dengan keadaan ini?.
4. Amat sedikit insan yang berwaspada dan cermat dengan kurniaan hayat atau nafas yang bertukar dari setiap saat kepada saat yang baharu lain.
5. Sedih dan malangnya, ramai orang yang bergelumang dalam pencarian yang sia-sia dan belum tentu pasti. Memburu sesuatu yang bersifat pinjaman dan meninggalkan sesuatu yang kekal abadi. Kita dialpakan oleh dunia, dunia kita rebut dan kejar bagaikan tiada kesudahan tanpa jemu.
6. Kita lupakan segala-galanya demi merebut nama, kuasa, harta dan perhiasan dunia yang lain, sedangkan hidup kita cuma 1 nafas sahaja, belum tentu ada nafas baru selepas hembusan 1 nafas tadi.
7. Namun berapa banyak orang yang sedar?. Berapa banyak orang lalai?. Apa yang kelihatan dulu, kini dan mungkin selamanya kita tetap alpa, lalai dan leka terus menerus memburu dunia dan segala isinya sampai kita lupa bahawa kita cuma hidup dengan 1 nafas dengan izin Allah.
8. Akhirnya apabila ajal bertemu kita umpama pengembara tanpa bekalan dan teman. Hidup kita rupanya sia-sia sahaja di dunia, hayat yang panjang tidak disyukuri dan tidak menambah amalan.
9. Hendaknya ke depan ini, kita sentiasa ingat 1 nafas kita ini, belum pasti bertukar kepada nafas yang baru tanpa izin dan kehendak Allah swt. Justeru itu gunakan peluang 1 nafas ini untuk merenung diri dan memperbanyakkan taubat, selawat nabi dan amalan yang mendekatkan kita kepada Tuhan yang maha perkasa.
Semoga bermanafaat.
#TuntutanInsuran
#TuntutanKemalangan
#KesGuamanKemalangan
#AccidentMatters
#RunnerMatters
#BodilyInjuriesClaim
#PropertyDamagesClaim
#FatalClaim
#DependencyClaim
#PenggunaBijak
#MemperkasaHakPengguna
#KekalTenang
#KitaJagaKita

Comments
Post a Comment