GARUDA DIBURU LAYANG-LAYANG YANG DAPAT.
1. Tajuk di atas adalah satu peribahasa melayu lama yang bermaksud barang yang didapatkan tidak seimbang dengan yang diinginkan. Ini jelas menunjukkan nenek moyang kita sudah mahir, pakar dan kenal segala muslihat dan tipu daya yang sering menimpa orang melayu sejak dahulu kala.
2. Hal ini juga sering berlaku menimpa mangsa kes guaman kemalangan. Majoriti mangsa berhajat atau berangan-angan untuk mendapatkan pampasan bernilai plus super dengan cara yang mudah dan cepat.
3. Tetapi adakah kita sedar dalam dunia ini tidak pernah wujud perkara kerja mudah tetapi hasilnya lumayan kecuali orang melakukan kerja-kerja melanggar norma agama dan masyarakat seperti rasuah, menipu dan mencuri.
4. Secara normal atau sunnatullah manusia dalam dunia ini kena berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan suatu hasil yang lumayan. Besar periuk maka besarlah keraknya, kerja kuat maka in syaa Allah hasilnya banyak kerana Allah maha melihat dan maha adil.
5. Kerana orang kita suka berangan-angan untuk dapat sesuatu yang bersifat plus super dalam keadaan mudah dan senang-lenang. Maka kelemahan ini dimanipulasi dan diambil kesempatan penuh oleh lawyer, tout, agen dan runner guaman.
6. Mereka ini arif, kenal, tahu dan mahir akan kelemahan orang kita dalam bab ini. Jadi mudahlah kepada mereka untuk mengadun jampi dan janji super manis dengan memahat impian palsu ke dalam minda mangsa. Mentera paling berbisa ialah mangsa dikatakan akan dapat pampasan ratusan ribu jika dia setuju melantik guaman mereka.
7. Wahai saudara-saudari Ingatlah kata itu adalah sekadar kata-kata bukan kata untuk dikotakan. Sering terjadi apa yang disimpulkan oleh peribahasa di atas tadi dalam masyarakat kita khususnya mangsa guaman kes kemalangan ini.
8. Lebih buruk dan malang lagi, mangsa ini sudahlah hanya dapat burung layang-layang. Tapi burung kecil itu kena pula diberi 1/2 kepada lawyer dan tout, angkara lupa minta surat jaminan mengenai kadar bayaran yuran guaman.

Comments
Post a Comment