KITA WAJIB BERSIFAT ADIL DAN SAKSAMA

1. Mempertahankan hak adalah satu amalan mulia dan sangat terpuji di sisi agama dan masyarakat kita. Bahkan dalam keadaan tertentu hukumnya adalah wajib.

2. Mempertahankan hak sinonim dengan mempertahankan air muka, maruah dan harga diri. Kerana itu wujudnya pepatah lama berbunyi "Biar putih tulang jangan putih mata".

3. Namun begitu menuntut atau mempertahankan hak itu ada cara, kaedah, hukum dan etikanya. Kita hanya boleh menuntut sesuatu yang nyata menjadi hak kita, bukan hak orang lain. Kita wajib bersifat adil dan saksama.

4. Kita hanya boleh menuntut gantirugi atau menerima pampasan untuk suatu kerugian atau belanja yang benar mutlak atau nyata dikeluarkan daripada poket kita sendiri, bukan dibayar atau dibiayai oleh pihak lain.

5. Saya pernah menerima aduan pembaca, dia mendakwa peguamcaranya telah menipu beliau. Dia menerima pampasan yang banyak untuk kecederaan kaki yang dialaminya.

6. Pembaca itu mendakwa selain dari yuran 25% daripada nilai pampasaan, peguamcara telah mencajkan semula perbelanjaan kos perubatan, kos pembedahan, kos baiki motorsikal dan pinjaman sara hidup. Ini dakwanya satu penindasan dan penganiayaan yang teruk ke atas dirinya.

7. Saya diam sahaja sambil mendengar pembaca itu meluahkan rasa semahunya. Bila dia puas dan penat barulah saya tanyai dia adakah dia bayar sendiri kos perubatan, kos pembedahan, kos baiki motorsikal itu?. Dia jawab dia tak pernah keluarkan 1 sen pun untuk perbelanjaan tersebut, semuanya dibayar oleh peguam.

8. Saya senyum sahaja dan kemudiannya menjelaskan dia tidak berhak menerima pampasan itu sebab perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak lain. Ini bermakna pihak tersebut yang berhak menerima pampasan gantirugi itu kerana merekalah sebenarnya yang rugi dan telah mengeluarkan wang belanja.

9. Kecuali jika perbelanjaan kos perubatan, kos pembedahan, kos baiki motorsikal ini dibayar dan dijelaskan sendiri oleh pembaca itu, maka dia berhak 100% atas pampasan gantirugi tersebut. Dan pampasan itu tidak wajar diambil atau dicaj semula dalam bil guaman oleh peguamcaranya.

10. Akhirnya baharulah dia tahu dan faham akan kekeliruan ini dan mengakui kesilapannya. Saya berharap pembaca semua tidak mudah menuduh secara melulu peguamcara anda menipu tanpa usul periksa. Sebaik dan sewajarnya sila anda semak dan teliti terlebih dahulu kerana anda juga kena bersifat dan saksama kepada orang lain.

Semoga bermanafaat.

#TuntutanInsuran
#TuntutanKemalangan
#KesGuamanKemalangan
#AccidentMatters
#RunnerMatters
#BodilyInjuriesClaim
#PropertyDamagesClaim
#FatalClaim
#DependencyClaim
#PenggunaBijak
#MemperkasaHakPengguna
#KekalTenang
#KitaJagaKita

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.