KITA BERSAMA ADA KEPENTINGAN & RISIKO YANG ADIL DAN SETARA

1. Semalam saya diberi task oleh majikan saya yang untuk mengurus dan mengendalikan satu proses perundingan penyelesaian bersama klien kami.

2. Proses ini telah berlanjutan lama dan ia memerlukan keputusan muktamad.  Alhamdulillah sampai sahaja ke tempat tujuan, klien saya telah sedia menunggu di depan rumah.

3. Selepas bertanya khabar dan berbual santai, perbincangan kami mula masuk kepada perkara tujuan saya hadir ke sana iaitu melakukan rundingcara dan khidmat nasihat berkaitan tawaran penyelesaian bagi kes guamannya.

4. Saya membawa bersama dokumen penting seperti medical report, specialist report, keputusan dan nas undang-undang berkaitan kes itu sebagai rujukan dan perbandingan.

5. Proses rundingan ini berjalan lebih 3 jam dan pelbagai soal jawab dikemukan. Selepas klien saya berpuas hati dan faham dengan semua penjelasan serta melihat bukti sokongan, kami bersama bersetuju memberi masa 3 hari untuk beliau memuktamadkan keputusannya.

6. Apa yang saya belajar dan dapat dari pengalaman itu adalah betapa klien saya itu telah mengalami satu kejadian buruk dan malang sebelum ini.

7. Dulu dia pernah terlibat dalam satu kemalangan di Gombak dan kemudiannya membawa guaman sivil bagi kes itu. Dia bukan sahaja telah ditipu dan dikenakan caj  guaman yang melampau tinggi. Tetapi lebih malang lagi disuruh bersetuju menerima tawaran penyelesaian secara mutlak tanpa ada hak untuk mempertimbangkannya.

7. Disebabkan trauma dengan pengalaman lalu, dia begitu prejudis dan berburuk sangka dengan orang-orang guaman ini. Takut pisang berbuah 2 kali dan jadi mangsa lagi.

8. 4 perkara yang saya sentuh kepada beliau sebagai panduan bagi memudahkan beliau mempertimbangkan tawaran penyelesaian itu dan mungkin berguna juga kepada anda:-

a) Jumlah yang ditawarkan itu sangat adil dan munasabah jika berpandukan kepada bukti dan fakta kes.

b) Jika dia menerima tawaran itu kes ini tidak perlu berlarutan panjang dan lama. Sudah tentu ini akan menjimatkan masa dan wang semua pihak, dia, kami, insuran dan mahkamah.

c) Kedua-dua pihak ada peluang dan risiko yang adil dan setara. Lazimnya peguam hanya akan menjalankan rundingcara untuk penyelesaian apabila jumlah yang ditawarkan telah melepasi paras adil, munasabah dan patut.

d) Kita bersama ada peluang, kepentingan dan risiko yang sama. Klien ingin pampasan yang tinggi, peguam pula ingin yuran yang setara dengan khidmat profesional mereka. Justeru itu kita bersama kena saling jaga menjaga dan tidak patut terlepas pandang akan hal ini.

Dalam kes guaman seperti ini, klien tidak pernah diminta untuk membayar atau menjelaskan upah atau apa-apa perbelanjaan sepanjang kes ini berjalan.

Klien hanya dikenakan bayaran berdasarkan % daripada nilai pampasan. Jika pampasan itu tinggi maka peguam juga akan dapat bayaran legal fee yang tinggi, begitu juga sebaliknya jika pampasan itu rendah, maka peguam dapat yuran yang rendah.

Justeru itu tiada sebab yang munasabah dan agak keterlaluan untuk menuduh peguam sengaja mahu mengambil jumlah penyelesaian yang rendah kerana malas atau leceh nak lawan kes.

Jika ada peluang yang tinggi untuk dapat pampasan yang lebih banyak, sudah pasti dan wajib peguam memilihkan untuk mengambilnya. Tetapi jika risiko itu terlalu tinggi, maka peguam akan pilih dan timbangkan risiko yang rendah untuk klien dihadapi oleh klien mereka. Ini tugas dan fungsi peguam dalam kes ini.

Peguam yang berwibawa sentiasa menasihati klien mereka berdasarkan kepada fakta, bukti, keterangan dan imbangan kebarangkalian risiko serta personaliti serta krebiliti saksi tanpa rasa takut kepada sesiapapun.

Selalu terjadi dan sering saya jumpai, saksi yang berapi-rapi dan berdegar-degar bercakap di luar mahkamah. Tetapi menikus, mengeletar dan bercakap merapu masa menjawab soalan-soalan ketika berada dalam kandang saksi mahkamah.

Tindakan ini memberi kesan buruk dan menjejaskan kes dan sudah tentu keterangan buruk sebegini akan mengurangkan pampasan pada skala yang banyak. Jika klien rugi, maka sudah tentu peguam akan rugi. Kita ada kepentingan bersama, jadi bersifat adil dan terbukalah untuk ini.

Soalan saya ketika ada peluang untuk mendapat pampasan yang banyak dan pada yang singkat, mengapa mesti anda risikokan diri dengan menerima pampasan jauh lebih rendah dalam masa yang panjang dan berlarutan?. Tepuk dada tanya selera sendiri.

Semoga bermanafaat.
#TuntutanKemalangan
#GuamanSivilKesKemalangan
#AccidentsClaim
#TuntutanInsuran
#InsuranceClaim
#AktivisPengguna
#ConsumerActivist

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.