PISAU SERAMPANG 2 MATA

1. Semalam saya ada urusan kerja di utara negeri Perak. Tujuan saya ke sana adalah untuk rundingcara dengan klien saya berkaitan satu kes guaman akibat kemalangan yang berlaku sebelum PKP.

2. Pada kesempatan ini saya dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan seorang mangsa kemalangan yang menjadi kenalan rapat kepada pelanggan saya ini.

3. Apa yang disampaikan oleh orang itu sangat mengejutkan saya. Kejadian yang diceritakan kepada saya ini adalah sesuatu yang luar jangkaan dan tak pernah saya terfikir akannya.

3. Orang itu mendakwa selepas dia terlibat dalam kemalangan, beliau didatangi berbagai orang tout sama ada di hospital atau pun di balai polis trafik.

4. Kesemua tout dan agen telah ditolaknya dengan baik.  Keputusan itu telah menyebabkan aio trafik kes itu datang sendiri ke rumah beliau atas alasan untuk melengkapkan siasatan. Tetapi pada masa yang sama aio itu telah memujuk dan mengesa orang itu menerima dan melantik peguam yang telah didealkannya.

5. Bagaimana pun orang itu tidak memberi kata putus. Oleh kerana tidak berjaya pada percubaan pertama dan kedua,  aio itu masih terus mencuba kali ketiga dengan menawarkan pelbagai kelebihan dan bantuan kewangan.

6. Akhirnya disebabkan penampakan sikap prejudis, tidak neutral, terdesak dan campur tangan yang berlebihan dalam isu perlantikan peguam ini, orang itu jadi takut dan telah melantik peguam  di kalangan kenalannya sendiri.

7. Kejadian ini memberi gambaran bahawa kebarangkalian wujudnya campur tangan, peranan dan tekanan  aio dalam isu perlantikan peguam bagi kes guaman akibat kemalangan ini memang benar-benar berlaku.

8. Saya berpendapat aio sebagai pegawai penyiasat kes dan penjawat awam harus bebas dan menjarakkan diri dalam kejadian seperti ini. Ini kerana perbuatan ini bukan sahaja kelihatan buruk disisi moral tetapi menjadi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 23 Akta Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

9. Tambahan pula agensi penguatkuasaan seperti ini akan terpalit noda, titik hitam dan dipandang serong oleh orang awam jika akhirnya mangsa-mangsa kemalangan ini ditipu oleh peguam yang didealkan oleh aio itu dengan memotong wang pampasan secara tipu, zalim dan keterlaluan.

10. Justeru itu, kepada pengguna saya terus menggesa dan menasihati anda jika ingin melantik peguam bagi kes guaman kemalangan, sila berhati-hati dan pastikan perkara berikut:-

(a) Anda tahu dengan jelas berapa kadar yuran guaman yang dikenakan.

(b) Anda tahu dengan jelas yuran guaman itu sudah meliputi dan merangkumi semua perbelanjaan tindakan guaman termasuklah cukai.

(d) Jika ada caj-caj tambahan dikenakan anda dimaklumi dan diberitahu secara jelas dan terperinci serta persetujuan anda diambil.

(e) Anda dibekalkan surat perjanjian bertulis mengenai terma-terma di atas.

Jangan menerima apa-apa perjanjian lisan atau janji mulut. Jangan lantik peguam yang tidak memberi anda perjanjian bertulis, adil, setara dan telus. Jika anda cuai, abai dan silap dalam perkara ini, pasti kesan buruk akan menimpa anda di akhir kes ini nanti. Masa itu berlaku jangan salahkan orang tapi salahkan kecuaian diri sendiri.

Semoga bermanafaat.

#InsurancesClaim
#AccidentsClaim
#TuntutanInsuran
#TuntutanKemalangan
#KesKemalanganJalanRaya
#SamanSivilTuntutanKemalangan
#RunnerMatters
#BodilyInjuriesClaim
#PropertyDamagesClaim
#FatalClaim
#DependencyClaim
#HakPengguna
#PenggunaBijak
#MemperkasaPengguna
#KekalTenang
#KitaJagaKita

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.